85 saman dikeluarkan dalam Op Khas di Iskandar Puteri - Utusan Malaysia

85 saman dikeluarkan dalam Op Khas di Iskandar Puteri

ANTARA motosikal yang disita polis kerana pelbagai kesalahan dalam Op Khas IPD Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Polis daerah ini mengeluarkan sebanyak 85 keping saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya menerusi operasi khas yang dijalankan di kawasan pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi itu dijalankan bermula pukul 10 malam kelmarin sehingga 2 pagi keesokannya.

Menurut beliau, dalam operasi berkenaan seramai 106 individu dan sebanyak 96 buah kereta serta motosikal diperiksa.

“Dalam operasi itu, sebanyak 85 keping saman polis dikeluarkan berdasarkan 13 kesalahan dan pelanggaran peraturan jalan raya.

“Antara kesalahan ini adalah ekzos yang diubah suai, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, lesen tamat tempoh serta tidak dilindungi insuran.

“Kesalahan lain adalah letak kenderaan secara salah, tiada cermin sisi, tidak pamer pelekat ‘P’ dan ‘L’, lampu silau dan ubah suai struktur kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, polis turut menyita 13 buah kereta pelbagai jenis dan 15 buah motosikal.

“Kesemua kenderaan yang disita itu dibawa ke IPD Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut. Operasi ini bagaimanapun tidak melibatkan sebarang tangkapan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya