66,317 murid pra sekolah, Tahun 1, 2 mulakan sesi persekolahan di Pahang - Utusan Malaysia

66,317 murid pra sekolah, Tahun 1, 2 mulakan sesi persekolahan di Pahang

GURU SK Kampung Belukar, Shuhadah Mohd. Nasir mengajar murid pra sekolah mencuci tangan pada sesi persekolahan yang bermula hari ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kira-kira 66,317 murid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 memulakan sesi sesi persekolahan 2021 yang bermula hari ini.

Daripada jumlah berkenaan, 16,174 murid pra sekolah, 25,530 (Tahun 1) dan 24,613 Tahun 2.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Belukar di sini mendapati keadaan terkawal dengan kehadiran murid di sekolah berkenaan.

Proses pematuhan prosedur standard operasi (SOP) Covid-19 dikawal ketat oleh guru bertugas.

Ibu bapa juga tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah dengan sebahagian besar daripada mereka dilihat menunggu di luar pekarangan bagi memantau situasi anak-anak masing-masing.

Selain itu, rata-rata ibu bapa juga mengambil kesempatan menangkap gambar dan merakam gelagat sesi persekolahan anak-anak mereka.

Pelbagai gelagat dapat dilihat antaranya murid Pra Sekolah yang menangis kerana enggan masuk ke sekolah sebelum ditenangkan guru bertugas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya