6,045 pekebun sawit sertai projek rintis - Utusan Malaysia

6,045 pekebun sawit sertai projek rintis

WEE Jeck Seng (kanan) menyatakan sesuatu kepada pekebun kecil kelapa sawit selepas perasmian projek rintis pemantauan BTS di Kukup Golf Resort, Pontian, Johor. -UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seramai 6,045 pekebun kecil dipilih bagi menyertai Projek Rintis Pemantauan dan Pelaporan Transaksi Buah Tandan Segar (BTS) di Parlimen Tanjung Piai yang melibatkan kawasan seluas 11,954.21 hektar

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, selain itu program tersebut melibatkan 33 peniaga buah sawit (DF) serta sebuah kilang sawit di Parlimen tersebut.

Katanya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menubuhkan tiga kelompok minyak sawit mampan (SPOC) iaitu SPOC J18, J19 dan J20 dalam usaha membantu pekebun kecil kelapa sawit persendirian.

“Mereka akan diberikan sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang kini berjumlah 27,263 di seluruh negeri Johor dengan keluasan 69,969.46 hektar termasuk 1,700 pekebun kecil di Tanjung Piai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Projek Rintis Pemantauan dan Pelaporan Transaksi Buah Tanda Segar di Kukup Golf Resort, di sini, petang ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Mad Zaidi Mohd. Karli dan Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Dr. Ramle Moslim.

Tambah Jeck Seng, bagi menyokong perkembangan industri sawit negara, MPOB sedang membangunkan satu sistem secara dalam talian bagi tujuan pemantauan dan pelaporan urus niaga BTS dalam kalangan pekebun kecil persendirian

“MPOB sukar untuk menyediakan khidmat pengembangan yang cekap tanpa maklumat lengkap berkenaan hasil, kos pengeluaran serta keuntungan yang diperolehi oleh pekebun kecil persendirian,” ujarnyai.

Kata beliau, data hasil merupakan salah satu kriteria penting di bawah Pensijilan MSPO dan pembangunan sistem ini berperanan menjejaki untuk memperolehi skim pensijilan MSPO juga dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan telus.

“Isu kecurian BTS yang berlaku juga boleh dikaitkan dengan penggunaan lesen MPOB tanpa kebenaran bagi tujuan menjual BTS sekaligus memantau hasil dan harga BTS yang diterima dengan lebih tepat.

“Saya berharap sistem ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat iaitu pekebun kecil persendirian, peniaga buah dan MPOB yang akan menjadi projek rintis ini di peringkat nasional,” ujarnya.

MPOB tegas beliau akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk pekebun kecil persendirian yang menjalankan jual beli BTS tanpa lesen termasuk tindakan mahkamah bagi membendung aktiviti seperti ini dalam industri sawit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya