KLUANG: Enam individu nyaris rentung selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dan terbakar di Kilometer 122.9 Lebuhraya PLUS, arah Selatan, dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian pada 6.33 petang itu, kereta Volkswagen dan Perodua Alza terbakar kira-kira 90 peratus dan semua mangsa sempat keluar daripada kenderaan masing-masing sebelum api marak disambar api.
Komander Operasi PBK II, Khairol Nizam Aresat berkata, sebuah jentera LFRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng dengan kekuatan lapan anggota ke tempat kejadian.
“PKO bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula air pam jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya.
“Terdapat empat empat mangsa cedera ringan iaitu seorang lelaki dewasa dan tiga perempuan dewasa di dalam kereta Volkswagen.
“Di dalam kereta Perodua Alza pula, terdapat dua mangsa cedera ringan iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang wanita,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE