6.4 juta penduduk Malaysia ambil garam berlebihan  - Utusan Malaysia

6.4 juta penduduk Malaysia ambil garam berlebihan 

NOOR AZMI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 6.4 juta orang dewasa atau dianggarkan 30 peratus penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidap tekanan darah tinggi atau hipertensi.  

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, 14.1 peratus daripadanya adalah individu yang tidak mengetahui mereka menghidap penyakit hipertensi.  

“Kajian pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia (MyCoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.9 gram sehari atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh. 

“la adalah melebihi daripada saranan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dinia (WHO) iaitu lima gram sehari atau bersamaan dengan satu sudu teh,” katanya pada sesi interaksi antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan media bagi program kesihatan berkaitan garam di sini hari ini. 

Noor Azmi berkata, KKM dengan kerjasama pihak universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak industri makanan sedang melaksanakan strategi MAP iaitu Monitoring, Awareness dan Product.  

Menurutnya, strategi MAP itu terkandung dalam dokumen Salt Reduction Strategy to Prevent and Control NCD 2015-2020 bagi mengurangkan pengambilan garam penduduk Malaysia. 

“Dengan kewujudan program Komuniti Sihat, Pembina Negara (KOSPEN), liputan saringan dan intervensi faktor risiko penyakit tidak berjangkit dapat dilaksanakan secara meluas di seluruh negara dengan mengoptimumkan sumber-sumber sedia ada. 

“Saringan kesihatan perlu dilakukan secara berkala untuk mengesan penyakit ini pada peringkat awal dan seterusnya mengelakkan komplikasi,” katanya. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN