5 strategi tangani Covid-19 - Utusan Malaysia

5 strategi tangani Covid-19

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan lima strategi utama dalam Pelan Strategik Kementerian Kesihatan (KKM) Menangani Pandemik Covid-19 Semasa Tempoh Darurat bagi melandaikan keluk wabak terbabit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, lima strategi utama itu adalah memutuskan rantaian transmisi dengan menurunkan kes harian kepada kurang daripada 500 kes sehari dan mengurangkan kes sporadik.

Kedua, katanya, mengurangkan morbiditi dan mortaliti dengan mengelakkan kes kematian dalam kalangan golongan berisiko tinggi dan memastikan semua perkhidmatan kesihatan berjalan lancar.

“Ketiga, memperkukuh diagnostik dan pemantauan Covid-19 dengan meningkatkan keupayaan untuk menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan wabak mengikut ketetapan garis panduan.

“Keempat, mencapai imuniti kelompok melalui pemberian vaksin kepada 70 peratus penduduk di Malaysia manakala kelima, meningkatkan kesedaran orang awam dengan pembudayaan normal baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di sini hari ini.

Adham berkata, kementerian juga perlu mempertingkatkan aktiviti pengesanan kes dan kontak bagi mengelakkan penularan berterusan dalam komuniti sekali gus dapat melandaikan keluk pandemik di Malaysia.

Katanya, saringan kumpulan berisiko tinggi perlu dipergiatkan bagi mengurangkan risiko komplikasi jangkitan Covid-19 dan seterusnya mengurangkan kadar kematian dalam negara ini.

“Salah satu strategi dalam melandaikan keluk pandemik Covid-19 adalah dengan pengesanan dan pengasingan kes dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan dalam komuniti.

“Bagi meningkatkan aktiviti saringan dalam pengesanan kes, kapasiti makmal bagi ujian RT-PCR telah dipertingkatkan ujian sampel sehari dengan penyumberan luar makmal swasta, di samping makmal kesihatan awam, universiti, hospital kerajaan dan klinik kesihatan.

Tambahnya, ujian saringan Covid-19 menggunakan RTK-Ag pula, dilakukan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta serta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) yang berdaftar atau berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN