5.74 juta daftar penerima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

5.74 juta daftar penerima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 5.74 juta orang berdaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera, sebagai penerima suntikan dalam fasa kedua dan ketiga bermula bulan depan.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 23.7 peratus daripada 24.3 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas dan 12.6 peratus adalah berusia 60 tahun ke atas selain 19.6 peratus lagi mempunyai komobiditi.

“Kerajaan memandang serius keperluan pengambilan vaksin Covid-19 ini dan menyeru lebih ramai yang akan mendaftar untuk mendapatkan vaksin pada fasa seterusnya menggunakan pelbagai kaedah pendaftaran.

“Ini seperti melalui MySejahtera, laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, talian hotline 1-800-888-828, pendaftaran di klinik dan hospital serta pendaftaran secara outreach,” katanya dalam lembaran fakta yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, sehingga semalam, seramai 346,508 orang telah menerima dos pertama vaksin Pfizer- BioNTech atau 69.3 peratus daripada jumlah sasaran keseluruhan penerima vaksin semasa fasa pertama, iaitu 500,000 orang.

Jelasnya, hari ini ialah hari ke-21 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan masih berada di dalam fasa pertama.

“Pencapaian ini adalah amat baik dan Kementerian Kesihatan yakin fasa pertama yang akan berakhir pada penghujung April ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik,” katanya.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan memberitahu, walaupun kerajaan mengumumkan pengambilan vaksin Covid-19 adalah secara sukarela, namun besar harapan agar mereka yang layak menerima suntikan vaksin berusia 18 tahun dan ke atas supaya mendaftar.

Katanya, langkah ini sekali gus mencapai sasaran 80 peratus penduduk, seterusnya membentuk imuniti kelompok agar pandemik ini segera dapat dihentikan.

“Perlu diingatkan sekali lagi pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan arahan-arahan lain berkaitan dengan ordinan darurat perlu diteruskan walaupun ada dalam kalangan kita yang sudah menerima vaksin Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya