MARANG: Seramai 43,948 murid Tahun 1 dan 2 memulakan sesi persekolahan 2021 secara bersemuka bermula hari ini.
Kesemua mereka ditempatkan di 352 sekolah di seluruh negeri ini.
Turut memulakan persekolahan pada hari sama ialah seramai 10,664 murid pra sekolah di 316 sekolah.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sawa di sini mendapati, suasana hari pertama persekolahan secara bersemuka berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP)Covid-19 ditetapkan.
Walaupun ada dalam kalangan murid yang seronok untuk bertemu rakan-rakan dan guru, tidak kurang juga yang menangis enggan masuk ke sekolah.
Bagaimanapun rata-ratanya kembali ceria selepas ditenangkan guru bertugas.