4,000 ahli farmasi komuniti dikategorikan penerima vaksin fasa pertama - Utusan Malaysia

4,000 ahli farmasi komuniti dikategorikan penerima vaksin fasa pertama

Ahli farmasi komuniti layak diberikan vaksin Covid-19 dalam fasa pertama pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hampir 4,000 ahli farmasi komuniti layak diberikan vaksin Covid-19 dalam fasa pertama pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kumpulan itu dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan sebagaimana mereka yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.

Menurut beliau, kemasukan ahli farmasi komuniti dalam Kategori 2 Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada 11 Mac lalu yang dipengerusikannya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

“Kategori 2 ini merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting.

“Ini adalah susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam fasa pertama program imunisasi yang bermula 24 Februari lalu, sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kelainan upaya (OKU) melibatkan 9.4 juta orang.

Bagi fasa ketiga pula, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022.

Sehingga semalam, jumlah pemberian dos pertama vaksin adalah seramai 249,909 individu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya