4 negeri catat kes tiga angka - Utusan Malaysia

4 negeri catat kes tiga angka

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 1,509 kes sembuh Covid-19 sekali gus mengatasi kes positif iaitu 1,275 kes.

Sebanyak 13 kluster dan satu kematian direkodkan manakala kes aktif pula menunjukkan penurunan iaitu 14,269 kes berbanding semalam iaitu, 14,504 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 161 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes tertinggi iaitu 478 kes diikuti Sarawak, 213 kes; Pulau Pinang, 137 kes dan Johor, 120 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iatu Kuala Lumpur, 86 kes; Kelantan, 86 kes; Sabah, 51 kes; Perak, 28 kes; Kedah, 27 kes; Melaka, 19 kes; Negeri Sembilan, 12 kes.

“Lima negeri merekodkan kes satu angka Pahang, enam kes; Terengganu, tiga kes; Labuan, lima kes; Perlis, dua kes dan Putrajaya, dua kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes kematian melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 74 tahun di Selangor.

“Pesakit meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, mempunyai pelbagai latar belakang penyakit iaitu kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang kronik,” katanya.

Mengulas mengenai 13 kluster baharu, beliau berkata, ia melibatkan 11 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Sebanyak 11 kluster tempat kerja katanya, Selangor merekodkan dua kluster iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere di Petaling, Selangor dengan 22 kes dan Kluster Tapak Bina Sungai Emas di Kuala Langat, Selangor, 65 kes positif.

“Kluster Lebuhraya Kampung Jawa melibatkan Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, 92 kes dan Kluster Persiaran Cassia Selatan di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang serta Kerian, Larut, Matang dan Selama, Perak, 66 kes dan Kluster Paya Bemban melibatkan Kota Bharu, Tumpat,
dan Bachok, Kelantan, 30 kes.

“Johor pula merekodkan tiga kluster iaitu Kluster Taman Brick melibatkan Johor Bahru dan Pontian, 24 kes serta Kluster Jalan Gemilang Sukan di Johor Bahru, 12 kes dan Kluster Jalan Sungai Chat di Johor Bahru, sembilan kes,” katanya.

Tambahnya, Kluster Sawit Sebrang di Lahad Datu, Sabah. sembilan kes serta Kluster Kolam Lintas melibatkan Penampang dan Putatan di Sabah, tujuh kes dan Kluster Lorong Desa Senadin melibatkan Miri dan Mukah, Sarawak, 30 kes.

“Bagi dua kluster komuniti pula, Kluster Batu Gong di Serian, Sarawak, 50 kes dan Kluster Pengkalan Nangka Tumpat di Tumpat, Kelantan, 20 kes.

“Selain itu, 14 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Cyber Sembilan, Kluster Jalan Bayam, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan DPB Tiga, Kluster Mediacity, Kluster Lorong Bersatu Damai, Kluster Bukit Angkasa, Kluster Jalan Cyber 14, Kluster Hikmah Muadzam, Kluster Simpang Tiga Muar, Kluster Jalan Mega Satu, Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar, dan Kluster Jalan Rumbia Dua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya