3 lelaki termasuk 2 pemegang kad UNHCR ditahan edar dadah - Utusan Malaysia

3 lelaki termasuk 2 pemegang kad UNHCR ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiga lelaki warga asing ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang dan Bandar Baru Seri Petaling di sini pada Selasa lalu.

Penahanan kesemua suspek turut berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM4,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam operasi Op Tapis di Taman Dato Ahmad Razali, kira-kira pukul 6.15 petang itu, dua suspek ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Kata beliau, pemeriksaan ke atas kereta dinaiki suspek,pihaknya menemukan sejumlah dadah disyaki ganja seberat 244 gram.

“Hasil soal siasat ke atas mereka, kita serbu sebuah rumah di Bandar Baru Seri Petaling pada pukul 11 malam dan menahan seorang lagi suspek.

“Kita turut merampas 550 gram ganja, 5.76 gram syabu dan 1.2 gram pil erimin 5 dan suspek kini dalam siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Polis Daerah Brickfields,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kedua-dua suspek berusia 19 dan 28 tahun itu merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan seorang lagi mempunyai pasport, namun siasatan lanjut pengesahan identiti sedang dibuat.

“Semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau dan keputusan ujian saringan air kencing menunjukkan kesemua suspek positif dadah jenis THC.

“Siasatan mendapati dua suspek yang ditahan di Ampang aktif mengedar dadah jenis ganja di sekitar daerah itu sejak empat bulan lalu kepada rakan senegara dan penduduk tempatan,” jelasnya.

Tambah Mohamad Farouk, kesemua suspek direman tujuh hari bermula kelmarin hingga 9 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) akta sama.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya