PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes sembuh melebihi 2,000 kes iaitu sebanyak 2,548 kes sembuh sekali gus mengatasi kes positif iaitu 1,680 kes.
Sebanyak tujuh kematian dan empat kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan kes apabila mencatatkan 21,159 kes berbanding semalam, 22,034 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 172 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 84 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus merekodkan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 826 kes diikuti Sarawak, 221 kes dan Johor, 139 kes.
“Semua kes kematian melibatkan semua warga tempatan iaitu tiga kes di Selangor, tiga kes di Sarawak dan satu kes di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE