25,000 benih udang galah mati angkara jala - Utusan Malaysia

25,000 benih udang galah mati angkara jala

PROGRAM pelepasan benih udang galah ke perairan umum oleh Ahmad Hamzah di Sungai Kesang, Sungai Rambai, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sebanyak 25,000 benih udang galah yang dilepaskan di Sungai Kesang, Sungai Rambai di sini November lalu terjejas kerana aktiviti menjala di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, tindakan itu bukan sahaja menyebabkan benih udang galah mati tetapi menjejaskan sumber pendapatan nelayan darat dan penduduk kampung.

“Pada November tahun lalu, 25,000 benih udang galah telah dilepaskan di Sungai Kesang, Sungai Rambai bagaimanapun belum sempat benih itu membesar, difahamkan telah berlaku aktiviti menjala yang boleh menyebabkannya mati.

“Jadi kita merayu penduduk tempatan, untuk sementara waktu ini janganlah gunakan jala, sebaliknya gunakan cara memancing sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program pelepasan benih udang galah ke perairan umum dan bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur di Kota Budaya di sini hari ini.

Pada program tersebut, Ahmad Hamzah telah melepaskan sebanyak 100,000 benih udang galah.

Turut serta adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Pengarah Pejabat Perikanan Melaka, Mohd. Fauzi Salehon.

Ahmad memberitahu, tempoh matang bagi benih udang galah itu adalah antara lima hingga enam bulan.

“Kali ini kita lepaskan 100,000 lagi benih udang galah, jadi tunggulah sehingga ia matang supaya dapat dijadikan sumber pendapatan yang lumayan kepada lebih 45 orang nelayan darat dan pemancing.

“Jadi kalau boleh, kita minta penduduk kampung menjaga usaha ini dan mempunyai sikap tanggungjawab apatah lagi berkenaan menjaga rezeki setiap orang di kawasan ini,” katanya.

Terdahulu beliau berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 280,000 benih udang galah dan ikan dilepaskan ke perairan umum di Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya