25 pengunjung rumah bot Tasik Kenyir negatif Covid-19 - Utusan Malaysia

25 pengunjung rumah bot Tasik Kenyir negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keputusan ujian saringan Covid-19 membabitkan kesemua 25 pemancing dari Manir yang menggunakan perkhidmatan rumah bot di Tasik Kenyir pada Khamis lalu disahkan negatif.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, orang ramai tidak perlu panik dengan isu itu kerana segala prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit telah diambil termasuk melakukan kerja-kerja nyah kuman pada rumah bot.

“Oleh kerana keputusan ujian saringan negatif maka, pihak Jabatan Kesihatan negeri membenarkan kesemua mereka menjalani kuarantin selama 11 hari di rumah.

“Jadi saya berharap orang ramai tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke Tasik Kenyir mahu pun pulau-pulau peranginan kerana destinasi ini lebih selamat berbanding di daratan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pasca banjir oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) di Kampung Pak Madah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden MTC, Uzaidi Udanis; Setiausaha Kehormat MTC, Datuk Noor Zaleha Baharuddin dan Pengarah Pelancongan negeri, Mohd. Huzairil Nizam Ibrahim.

Kelmarin, seramai 24 pemancing dikuarantin di rumah bot susulan seorang daripada rakan mereka dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Kesemua mereka difahamkan menginap di rumah bot berkenaan sejak Khamis lalu, kira-kira pukul 9 pagi.

Dalam perkembangan sama, Ariffin berkata, pihaknya telah memperkenalkan garis panduan Covid-19 kepada kalangan penggiat pelancongan dan pengunjung bagi memastikan aktiviti berkenaan dijalankan mengikut SOP ditetapkan termasuk penjarakan fizikal dan lain-lain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya