2,104 kes sembuh; 1,647 kes positif; 9 kluster; 5 kematian - Utusan Malaysia

2,104 kes sembuh; 1,647 kes positif; 9 kluster; 5 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus konsisten merekodkan kes sembuh melebihi 2,000 kes iaitu 2,104 kes manakala kes positif sebanyak 1,647 kes.

Sebanyak sembilan kematian serta lima kluster dan kes aktif pula terus menunjukkan penurunan iaitu 17,544 kes berbanding semalam, 18,010 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 147 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus melaporkan kes tertinggi iaitu 712 kes diikuti Johor, 170 kes dan Pulau Pinang, 169 kes.

“Kes kematian melibatkan empat kes di Selangor, dua kes di Johor manakala Perak, Kelantan, dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kes.

“Lima kluster baharu pula adalah tiga kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN