2,063 kes positif, 2,922 kes sembuh - Utusan Malaysia

2,063 kes positif, 2,922 kes sembuh

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan kes positif melebihi 2,000 kes iaitu 2,063 kes namun kes sembuh terus kekal tinggi iaitu 2,922 kes.

Sebanyak 14 kluster dan hanya lima kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan 23,161 kes berbanding semalam, 24,025 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 193 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 99 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus kekal negeri tertinggi kes positif iaitu 630 kes diikuti Sarawak, 361 kes; Pulau PInang, 337 kes; Johor, 255 kes; Kuala Lumpur, 120 kes dan Perak, 101 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 91 kes; Sabah, 78 kes; Kelantan, 44 kes; Pahang, 13 kes; Kedah, 12 kes; Terengganu, 10 kes manakala Putrajaya, tujuh kes; Melaka, tiga kes; Perlis, satu kes dan Labuan, sifar kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya