2,042 kes sembuh; 1,575 kes positif; 3 kematian - Utusan Malaysia

2,042 kes sembuh; 1,575 kes positif; 3 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus konsisten merekodkan kes sembuh melebihi 2,000 kes iaitu 2,042 kes manakala kes positif sebanyak 1,575 kes.

Sebanyak tiga kematian dan kes aktif pula terus menunjukkan penurunan iaitu 17,074 kes berbanding semalam, 17,544 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 147 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 751 kes diikuti Sarawak, 173 kes; Johor, 135 kes; Pulau Pinang, 132 kes dan Kuala Lumpur, 108 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 57 kes; Perak, 44 kes; Kelantan, 43 kes; Negeri Sembilan, 32 kes; Perlis, 25 kes; Melaka, 25 kes; Kedah, 23 kes; Terengganu, 16 kes; manakala Putrajaya, empat kes da Labuan, tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN