20 ditahan di ‘port’ dadah - Utusan Malaysia

20 ditahan di ‘port’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Polis menahan 19 lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di ‘port’ penagihan dadah di Kampung Sri Mahkota, Pontian Besar, di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daetah, Deputi Supritenden Azri Noraini berkata, serbuan pada pukul 5 pagi dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pontian.

Katanya, mereka yang ditahan berusia 20 tahun hingga 42 tahun atas kesalahan melibatkan dadah.

“Dua individu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 manakala tiga orang di di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Azri, 13 orang pula disiasat dibawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 kerana kandungan air kencing positif dadah dan seorang disiasat di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas pejawat awam.

“Manakala dua individu saringan air kencing negatif. Jumlah rampasan pula dadah jenis heroin antara 10 hingga 15 gram dan syabu dengan berat 7.43 gram yang bernilai RM434.48,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya