2 tahun penjara ugut bunuh kakak tidak masak nasi - Utusan Malaysia

2 tahun penjara ugut bunuh kakak tidak masak nasi

MOHAMMAD Shafiq Romly dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas mengaku bersalah mengugut mahu membunuh kakak sendiri dua minggu lalu. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemotong rumput dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mengugut mahu membunuh kakak sendiri hanya kerana tidak memasak nasi untuknya, dua minggu lalu.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli memutuskan demikian apabila tertuduh, Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Shafiq didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan kakaknya yang berusia 37 tahun apabila berkata mahu membunuh mangsa dan ahli keluarga.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kubur Tok Pah, Kampung Jambu di sini kira-kira pukul 9 malam pada 17 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, Mohammad Shafiq mengamuk dengan memaki hamun dan mengugut mahu membunuh kakak dan ahli keluarga gara-gara wanita itu tidak memasak nasi untuk dia yang baru bangun dari tidur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili peguam bela Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim.

Ketika prosiding, Siti Edabayu memohon hukuman yang setimpal manakala Siti Atikah dalam rayuannya memohon hukuman minimum kerana tertuduh mengakui sudah insaf akan perbuatannya.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara dua tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya