2.52 juta sudah daftar vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

2.52 juta sudah daftar vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 2,529,480 individu sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di aplikasi MySejahtera setakat jam 8 pagi ini.

Jumlah terkini itu dimaklumkan menerusi maklumat rasmi daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Berdasarkan data sama yang dikongsi itu, setakat semalam 112,914 individu dalam fasa pertama pelaksanaan kepada petugas barisan hadapan bermula 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan penerima tertinggi dengan 14,855 individu, diikuti Kelantan 11,680; Kuala Lumpur 11,266; Pahang 10,599; Perak 9,892; Selangor 8,889 dan Sabah 6,229.

Turut direkodkan Kedah 5,306; Pulau Pinang 5,052; Negeri Sembilan 4,864; Terengganu 4,572, Putrajaya 2,290; Perlis 2,223 dan Labuan 2,073 orang.

Orang ramai boleh membuat pendaftaran melalui lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan JKJAV, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau laman web khas di www.vaksincovid.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya