18O perwakilan sayap di Kedah tetap bersemangat - Utusan Malaysia

18O perwakilan sayap di Kedah tetap bersemangat

PERWAKILAN daripada tiga sayap UMNO Bahagian Alor Setar tidak ketinggalan mengikuti PAU 2020 secara maya di Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 180 perwakilan daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di 15 bahagian di negeri ini mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 202O secara maya hari ini.

Persidangan yang melibatkan tiga sayap parti itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan secara bersemuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pejabat UMNO Bahagian Alor Setar di sini mendapati seramai 12 perwakilan daripada tiga sayap parti itu tetap bersemangat mengikuti perhimpunan itu walaupun secara maya.

Sementara itu, beberapa pemerhati daripada sayap parti itu tidak ketinggalan mengikut persidangan tersebut menerusi skrin layar yang disediakan di pejabat UMNO bahagian itu.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Mohd. Safwan Jaafar, 37, berkata, beliau pernah menyertai perhimpunan berkenaan buat pertama kali di PWTC pada tahun 2019 lalu.

Menurutnya, banyak perbezaan yang dilaluinya apabila PAU 2020 diadakan secara maya berikutan penularan Covid-19 berbanding secara bersemuka di PWTC sebelum ini.

“Suasana sebenarnya lebih meriah dan bersemangat sekiranya kesemua perwakilan dari 191 bahagian UMNO dapat berkumpul di PWTC seperti sebelum ini

“Selain berpeluang mengikuti perasmian dan perbahasan daripada perwakilan, saya juga dapat bertukar pendapat untuk saling mengukuhkan kedudukan UMNO pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Alor Setar, Siti Farah Zainol Abidin, 33 berkata, dia pernah mengikuti perhimpunan berkenaan dari tahun 2016, 2018 dan 2019 secara bersemuka dan mengakui kehadiran melalui alam maya pada perhimpunan berkenaan sangat berbeza.

“Walaupun mengikuti perhimpunan berkenaanmelalui skrin layar di bahagian masing-masing dapat menjimatkan wang dan masa, namun, beliau berharap perhimpunan selepas ini dapat diteruskan seperti biasa dengan SOP yang ketat.

“Saya dapat merasai semangat yang berkobar-kobar di dalam dewan di PWTC, namun perhimpunan ini berbeza suasananya,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya