186 pengamal perubatan swasta bantu kekang Covid-19 - Utusan Malaysia

186 pengamal perubatan swasta bantu kekang Covid-19

ADHAM Baba menunjukan senarai jumlah Pengamal Perubatan Awam Swasta (GP) dalam majlis pelancaran buku 'The Covid-19 Chronicles Of Malaysia-Navigating The Storm' di Kementerian Kesihatan, Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 186 pengamal perubatan swasta diberi kuasa untuk membantu usaha menangani penularan wabak Covid-19, bermula esok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia berdasarkan Ordinan Darurat, Seksyen 10 (2) Akta 342 yang memberi kuasa kepada pihak pengamal perubatan swasta mengendalikan kes positif di tempat masing-masing (klinik atau hospital swasta).

Katanya, jumlah pengamal perubatan swasta itu akan terlibat secara langsung dengan kes berkaitan Covid-19.

“Mereka boleh mengesan, mengasing, memakaikan gelang dan memberi rawatan serta mengeluarkan arahan kuarantin di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Seramai 186 orang itu membabitkan Perlis (4), Kedah (1), Pulau Pinang (16), Perak (3), Selangor (66), Kuala Lumpur (43), Putrajaya (1), Negeri Sembilan (13), Melaka (4), Johor (26), Pahang (2), Terengganu (3), Kelantan (2) dan Sabah (2),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis pelancaran buku The Covid-19 Chronicles Of Malaysia | Navigating The Storm di pejabatnya, di sini, hari ini.

Adham berkata, beliau juga menyeru kepada mana-mana pengamal perubatan swasta yang berminat untuk membantu kerajaan bolehlah mendaftar dengan kementeriannya.

“Pembabitan lebih ramai pengamal perubatan swasta sudah pasti mampu mengawal penularan Covid-19 sekali gus memutuskan rantaian dan membebaskan negara ini daripada wabak itu,” katanya.

Beliau berkata, semua pengamal perubatan swasta itu akan diberi garis panduan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) kawasan masing-masing.

“Mereka akan melaksanakan tugas dengan mengikut garis panduan yang diberikan bagi memastikan usaha mengekang penularan Covid-19 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan pantas,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya berkeyakinan sebanyak 60 peratus dari 500,000 barisan hadapan akan berjaya divaksin, hujung minggu ini.

“Buat masa ini, 195, 923 individu sudah divaksin. Malah sehingga pukul 8 pagi tadi, seramai 4,680,531 orang sudah mendaftar untuk disenaraikan sebagai penerima vaksin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya