1,828 kes positif; 2,486 kes sembuh; Johor pula tertinggi - Utusan Malaysia

1,828 kes positif; 2,486 kes sembuh; Johor pula tertinggi

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif di bawah 2,000 iaitu 1,828 kes manakala kes sembuh kekal tinggi iaitu 2,486 kes.

Hanya lima kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan 25,542 kes berbanding semalam iaitu 26,205 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 198 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 90 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Hari ini, Johor merekodkan kes tertinggi sebanyak 490 kes mengatasi Selangor, 453 kes diikuti Sarawak, 220 kes; Negeri Sembilan, 167 kes; Perak, 144 kes dan Sabah, 104 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Melaka, lapan kes; Pahang, lapan kes; Putrajaya, enam kes; Perlis, satu kes dan Labuan, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya