1,782 kes sembuh; 1,354 kes positif; 4 kematian; 3 kluster - Utusan Malaysia

1,782 kes sembuh; 1,354 kes positif; 4 kematian; 3 kluster

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes positif Covid-19 di bawah 2,000 kes iaitu 1,354 kes manakala kes sembuh pula, 1,782 kes.

Sebanyak empat kes kematian dan tiga kluster direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 16,279 kes berbanding semalam, 16,711 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 158 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 71 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 577 kes diikuti Sarawak, 178 kes; Pulau Pinang, 158 kes; Johor, 121 kes dan Perak, 101 kes.

“Kes kematian melibatkan dua di Kuala Lumpur manakala Selangor dan Sarawak, masing-masing satu kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya