1,745 kes positif; 2,276 kes sembuh, 11 kluster; tujuh kematian - Utusan Malaysia

1,745 kes positif; 2,276 kes sembuh, 11 kluster; tujuh kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif di bawah 2,000 iaitu 1,745 kes manakala kes sembuh kekal tinggi iaitu 2,276 kes.

Sebanyak 11 kluster dan hanya tujuh kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan 24,025 kes berbanding semalam, 24,563 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 195 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 95 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 640 kes diikuti diikuti Johor, 376 kes; Sarawak, 139 kes; Perak, 136 kes; manakala baki negeri merekodkan kes dua angka.

“Hanya empat negeri merekodkan kes satu angka dan sifar kes iaitu Terengganu, lima kes; Putrajaya, tiga kes manakala Labuan dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, tujuh kes kematian melibatkan dua kes di Kuala Lumpur manakala Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, dan Kelantan, masing-masing satu kes di mana enam kes warga tempatan dan satu warga asing.

“Kes melibatkan dua lelaki dan lima wanita termasuk seorang warga asing berusia antara 50 hingga 86 tahun.

“Semua kes mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, obesiti, buah pinggang kronik, gout dan strok,” katanya.

Mengulas mengenai 11 kluster, beliau berkata, sembilan kluster melibatkan tempat kerja manakala komuniti dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kes.

Katanya. Selangor merekodkan empat kluster iaitu Kluster Jalan Perubatan di Hulu Langat, 13 kes dari 20 individu; Kluster Jalan Utarid di Kuala Langat dan Petaling, 16 kes dari 50 individu serta Kluster Tapak Bina Jalan MP di Petaling, 12 kes dari 163 individu dan Kluster Balakong Satu di Hulu Langat, 10 kes dari 60 individu.

“Kluster Jalan DPB Lima di Johor Bahru, Johor, 32 kes dari 196 individu; Kluster Jalan Sikamat Lama di Seremban, Negeri Sembilan, 12 kes dari 31 individu; Kluster Jalan PKNK 1/6 di Kuala Muda, Kedah, 29 kes dari 547 individu  Kluster Sri Jelutung di Pekan, Pahang, 30 kes dari 213 individu dan Kluster Jalan Bachok melibatkan Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan, 14 kes dari 105 individu.

“Kluster kumpulan berisiko tinggi pula, Kluster Jalan Anak Gasing di  Petaling, Selangor, 20 kes dari 32 individu manakala kluster komuniti, Kluster Kampung Gedang melibatkan Alor Gajah dan Melaka Tengah, Melaka serta Petaling, Selangor dan Johor Bahru, Johor, seramai 86 individu telah disaring, di mana 35 kes positif,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN