17 penagih ditahan dalam Ops Sarang - Utusan Malaysia

17 penagih ditahan dalam Ops Sarang

ANTARA individu yang ditahan dalam Ops Sarang di lokasi yang sering dijadikan 'port' dadah di Permatang Tok Jaya, Butterworth, Pulau Pinang semalam. -IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai 17 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam operasi khas, Ops Sarang yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Permatang Tok Jaya, Pekan Darat, di sini, semalam.

Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, serbuan di lokasi panas yang dikenal pasti sebagai sarang penagih dadah itu dilakukan bermula pukul 9 pagi sehingga 8 malam.

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 35 sehingga 65 tahun.

“Selain aktiviti penagihan, lokasi terbabit turut dijadikan tempat penjualan dadah secara terbuka.

“Sebanyak 8.4 gram heroin, 1.3 gram syabu dan 0.6 gram ganja bernilai RM390 turut dirampas dalam serbuan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

“Usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di lokasi dikenal pasti akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya