1,495 kes sembuh; 1,116 kes positif; 10 kluster; 5 kematian - Utusan Malaysia

1,495 kes sembuh; 1,116 kes positif; 10 kluster; 5 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,495 kes sekali gus mengatasi kes baharu positif, 1,116 kes yang turut menyaksikan tren jangkitan baharu semakin melandai.

Sebanyak 10 kluster dan lima kematian direkodkan dengan kes aktif penunjukkan penurunan iaitu 14,134 kes berbanding semalam iaitu 14,518 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 156 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus menjadi negeri tertinggi dengan 403 kes diikuti Kuala Lumpur, 158 kes dan Sarawak, 124 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Labuan, lapan kes; Putrajaya, lima kes; Terengganu, tiga kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN