131,281 murid kembali bersekolah di Johor - Utusan Malaysia

131,281 murid kembali bersekolah di Johor

YAHYA Jaafar (tiga dari kanan) bersama Guru Besar SK (P) Sultan Ibrahim, Rosmawati Mohamed (dua dari kanan) menyambut kedatangan murid-murid pada hari pertama persekolahan di Johor Bahru, Johor, Isnin lalu. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 131,281 murid di negeri ini mula mendaftar masuk ke sekolah rendah yang dibuka hari ini, selepas ditutup berikutan pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, jumlah itu meliputi 21,358 murid pra sekolah, 56,097 tahun satu dan baki 53,826 murid tahun dua.

Menurut beliau, selain sekolah rendah, Kolej Vokasional juga dibuka hari ini dengan melibatkan seramai 4,855 pelajar.

“Bagi sesi persekolahan pada 8 Mac ini yang dibuka untuk tahun tiga hingga tahun enam, ia melibatkan seramai 218,782 murid-murid.

“Sementara itu, bagi sekolah menengah yang akan bermula pada 4 April ini pula melibatkan seramai 290,811 pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Swasta Johor, Datuk Yahya Jaafar berkata, ibu bapa tidak perlu khuatir untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan memberi keyakinan kepada guru dalam memastikan sesi pembelajaran mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita sudah melalui fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ibu bapa tidak perlu risau sebagai langkah persediaan anak-anak dihantar ke sekolah, rata-rata pihak sekolah bertanggungjawab.

“Pihak sekolah juga memberi kelonggaran antaranya boleh menghantar anak ke sekolah sehingga jam 8.30 pagi, selain memakai pakaian apa sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya