PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan jumlah kes sembuh yang konsisten iaitu 1,257 kes manakala kes positif sebanyak 1,199 kes.
Sebanyak dua kematian direkodkan manakala kes aktif pula menunjukkan penurunan iaitu 14,209 kes berbanding semalam iaitu, 14,269 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 167 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 72 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 283 kes diikuti Sarawak, 267 kes; Kelantan, 138 kes dan Pulau Pinang, 125 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Kuala Lumpur, 84 kes; Johor, 81 kes; Sabah, 64 kes; Negeri Sembilan, 43 kes; Melaka, 36 kes; Kedah, 33 kes; Pahang, 30 kes.
“Empat negeri merekodkan kes dua angka iaiti Perak, sembilan kes; Terengganu, tiga kes; Labuan, dua kes; Putrajaya, satu kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE