PUTRAJAYA: Malaysia terus menunjukkan penurunan kes dengan merekodkan 1,219 kes positif dan 1,346 kes sembuh.
Sebanyak 12 kluster baharu dan dua kematian direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 15,075 kes berbanding semalam, 15,204 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 154 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 64 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, hanya tiga negeri yang merekodkan kes tiga angka di mana Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 499 kes diikuti Sarawak, 225 kes dan Johor, 169 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 69 kes; Kuala Lumpur, 54 kes; Negeri Sembilan, 46 kes; Perak, 36 kes; Sabah, 31 kes; Kedah, 26 kes; Melaka, 20 kes; Kelantan, 19 kes dan Terengganu, 15 kes.
“Putrajaya pula lima kes; Pahang, tiga kes serta Labuan, satu kes dan Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.