1,148 kes sembuh; 1,133 kes positif; 9 kluster; 5 kematian - Utusan Malaysia

1,148 kes sembuh; 1,133 kes positif; 9 kluster; 5 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,148 kes dengan mengatasi kes positif sebanyak 1,133 kes.

Sebanyak sembilan kluster dan lima kematian direkodkan manakala kes aktif pula 14,199 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 161 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor kembali menjadikan negeri tertinggi yang merekodkan kes positif baharu iaitu 401 kes diikuti Pulau Pinang, 194 kes dan Sarawak, 153 kes.

“Lima kes kematian melibatkan semua warga tempatan dengan masing-masing dua kes di Sarawak dan Kuala Lumpur serta satu kes di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN