11 agenda MPPK direalisasikan - Utusan Malaysia

11 agenda MPPK direalisasikan

MUHAMMAD AMIR ASYRAF MOHD. SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 11 Agenda yang diperjuangkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) direalisasikan dan diangkat menjadi agenda nasional.

Presidennya, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, perkara berkenaan pastinya membolehkan martabat mahasiswa diangkat ke peringkat lebih tinggi sekali gus memperkasa mahasiswa.

Katanya, agenda tersebut dibentangkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui mesyuarat majlis perdana semalam, YANG mana kesemua agenda itu diangkat menjadi agenda nasional di peringkat kementerian sepanjang tahun 2020 hingga 2021.

“Agenda tersebut merangkumi rumah sewa siswa, kad prihatin siswa, memperkasa biasiswa MyBrain, Yayasan Kebajikan Mahasiswa, penubuhan jawatan kuasa khas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersama mahasiswa dan modul kepimpinan mahasiswa nasional (Laksamana).

“Pemerkasaan pilihan raya kampus, menaik taraf kualiti capaian internet, mengembalikan parlimen mahasiswa Malaysia, skim latihan graduan nasional dan memartabat mahasiswa Malaysia adalah antara agenda itu” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat Perdana MPPK 2021 dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan secara maya semalam.

Mesyuarat turut dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri, ketua-ketua pengarah, pengurusan tertinggi kementerian, ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan serta seluruh ahli MPPK.

Muhammad Amir Asyraf berkata, pihaknya menghargai usaha dan kerjasama kerajaan kepada MPPK yang menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya mengambil berat keperluan dan kebajikan mahasiswa.

Katanya, Muhyiddin selaku pengerusi juga telah membentangkan tiga kertas pertimbangan dalam mesyuarat itu.

“Pertimbangan tersebut adalah skim rumah sewa rakyat, pemerkasaan sektor pertanian dalam negara dan integrasi teknologi bagi penambahbaikan pengurusan kesihatan rakyat Malaysia.

“Beberapa isu turut dibangkitkan seperti isu mengenai pendigitalan pendidikan, pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), kos sara hidup serta vaksin Covid-19 untuk mahasiswa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya