10 produk koko dikomersialkan tahun lalu - Utusan Malaysia

10 produk koko dikomersialkan tahun lalu

TIMBALAN Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (kiri) ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia di Nilai, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 10 produk hasil kajian pihak Lembaga Koko Malaysia dikomersialkan tahun lalu.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua kajian tersebut dilakukan di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko (PITK), Nilai dekat sini.

“PITK menjalankan aktiviti penyelidikan dan Pembangunan (R&D), menyediakan khidmat analisis, pengeluaran blok coklat dan coklat Chocolate Royale, aktiviti unit pembangunan usahawan coklat buatan tangan, aktiviti unit pelesenan dan kawalan kualiti.

“Antara penyelidikan hiliran yang sedang dilaksanakan di pusat ini adalah produk penjagaan diri, kosmetik, bahan untuk farmaseutikal, produk ais krim lemak koko, kajian berkaitan perisa koko, bahan wangian daripada koko, tablet minuman koko, kajian mengenai keselamatan produk dan penyelidikan bioteknologi koko,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, Makmal Khidmat Analisis Lembaga Koko Malaysia di PITK diakreditasi di bawah standard ISO/IEC 17025:2017.

Sebanyak 32 analisis ditawarkan yang terdiri daripada analisis fiziko-kimia, proksimat, analisis sisa-baki pestisid, kandungan cemaran logam berat, mikrobiologi serta sensori.

Unit Pembangunan Usahawan Coklat (UPUC) yang terletak di pusat berkenaan juga menyediakan perkhidmatan kursus asas dan kursus lanjutan pembuatan coklat buatan tangan kepada sesiapa yag berminat serta klinik usahawan untuk pembangunan para usahawan coklat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya