10 ahli sindiket tipu jual sarung tangan diberkas - Utusan Malaysia

10 ahli sindiket tipu jual sarung tangan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 10 individu dipercayai terlibat dengan penipuan penjualan sarung tangan dalam serbuan berasingan di beberapa negeri, 15 Mac lalu.

Kesemua suspek ditahan terdiri daripada lapan lelaki serta dua wanita termasuk seorang warga Mongolia ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Negeri Sembilan, Johor dan Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya mendapati sindiket tersebut mendalangi penipuan pelitup muka dan sarung tangan dengan menawarkan harga jauh lebih murah.

Katanya, sindiket turut menggunakan nama syarikat pengeluar sarung tangan terkemuka bagi menarik minat pembeli dari dalam dan luar negara.

“Sindiket ini akan memberi pelbagai alasan sehingga pembeli perlu membuat pembayaran hingga mencecah jutaan ringgit.

“Bagaimanapun, sindiket kemudian akan menghilangkan diri dan gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zainuddin, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya