Wujudkan minda kelas pertama dengan mempraktikkan kebersihan - Utusan Malaysia

Wujudkan minda kelas pertama dengan mempraktikkan kebersihan

TUANKU Syed Faizuddin (depan) meninjau pelaksanaan Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Rakyat negeri ini digesa mempraktikkan sikap mengutamakan keceriaan, kebersihan dan kehijauan bagi membuktikan bahawa mereka memiliki mentaliti kelas pertama.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebagai masyarakat bertamadun yang kaya dengan nilai positif dalam hidup, sikap tersebut perlu diasuh sejak dari kecil supaya menjadi satu kebiasaan dalam amalan seharian.

“Walaupun sikap mengutamakan kebersihan ini perlu dilatih sejak kecil, namun, tidaklah terlalu lewat untuk dilaksanakan oleh seluruh rakyat sebagai kelaziman baharu.

“Sebagai contoh, norma baharu ketika penularan pandemik Covid-19 mampu kita laksanakan kerana ia merupakan perkara yang perlu dilakukan dan tiada pilihan lain,” titah baginda selepas  berkenan berangkat meninjau pelaksanaan Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof.

Projek yang meliputi lima fasa yang bakal melibatkan penyertaan lebih 300 buah rumah di dalam kampung tersebut diinisiatifkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Usahasama untuk projek itu turut dilaksanakan bersama Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta mendapat sokongan padu dari pelbagai peringkat agensi kerajaan, swasta dan masyarakat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya