WiFi percuma di Masjid Kariah Paroi Jaya bantu pelajar - Utusan Malaysia

WiFi percuma di Masjid Kariah Paroi Jaya bantu pelajar

MOHAMAD Fadzilah Zulkafly (berdiri kiri) dan Azhar Mustapha (berdiri tiga dari kanan) melihat pelajar yang mengikuti proses PdPR di Masjid Kariah Paroi Jaya, Seremban. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi membantu pelajar khususnya golongan B40 mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), Telekom Malaysia Berhad (TM) menjadikan Masjid Kariah Paroi Jaya dekat sini sebagai projek perintis dalam penyediaan kemudahan WiFi.

Pengurus Besar TM negeri, Azhar Mustapha berkata, projek itu diharap dapat membantu penduduk setempat yang mengalami masalah mendapatkan kemudahan internet terutama kepada pelajar.

“Ini merupakan projek perintis bersama pihak Masjid Kariah Paroi Jaya iaitu sebahagian tanggungjawab sosial korporat kami, selepas mendapat pulangan dan memberi semula kepada masyarakat. Ini satu kejayaan bagi TM.

“TM ada menerima permohonan di beberapa lokasi lain dan kami akan mempertimbangkan dalam usaha membantu anak-anak kategori B40,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran WiFi percuma di Masjid Kariah Paroi Jaya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya