Warga Indonesia maut dihempap traktor di tapak pembinaan

Warga Indonesia maut dihempap traktor

TRAKTOR di tapak pembinaan yang terbalik sehingga mengorbankan seorang lelaki warganegara Indonesia dalam kejadian di Jalan Kelah, Kampung Sungai Kulai, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang pekerja binaan warganegara Indonesia maut manakala rakannya cedera parah selepas sebuah traktor dinaiki mereka terbalik di kawasan pembinaan di Jalan Kelah, Kampung Sungai Kulai, di sini hari ini. 

Dalam kejadian pada pukul 10.29 pagi itu, mangsa, Bustaman Zaidin, 60, bersama rakannya, Wong Kwai Soon, 59, sedang mengendalikan traktor tersebut sebelum ia terbalik menyebabkan mereka tersepit.  

Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Awang berkata, pihaknya terpaksa menggunakan sebuah eskavator yang berada di lokasi bagi mengeluarkan mangsa. 

“Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki tempatan cedera di bahagian paha.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini dengan menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Fauzi berkata, operasi menyelamatkan mangsa tamat pada pukul 11.50 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya