Warga emas sesat ketika daki bukit dijumpai selamat - Utusan Malaysia

Warga emas sesat ketika daki bukit dijumpai selamat

Warga emas berusia 71 tahun berjaya diselamatkan anggota bomba malam tadi selepas sesat ketika mendaki Bukit Zi Zai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas tersesat lebih dua jam di kawasan Bukit Zi Zai, Tanjung Bungah, di sini malam tadi. 

Mangsa berusia 71 tahun itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pukul 11.40 malam dalam keadaan selamat. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata,  pihaknya menerima laporan mengenai insiden membabitkan mangsa pukul 9.15 malam. 

“Mangsa dikhuatiri tersesat selepas gagal turun daripada bukit semasa melakukan pendakian. 

“Mangsa dapat dihubungi melalui telefon dan dia juga menghantar lokasinya melalui aplikasi WeChat kepada anaknya,” katanya di sini hari ini. 

Jurucakap bomba memaklumkan, usaha pencarian dilakukan dengan melalui laluan pendakian dan di kawasan hutan. 

“Mangsa berjaya ditemui oleh pihak polis dan orang awam berhampiran dengan Perbadanan Bekalan Air (PBA), Jalan Sungai 1, Batu Ferringhi dan operasi tamat sepenuhnya pukul 11.58 malam,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya