Warga emas gantung diri dipercayai tekanan - Utusan Malaysia

Warga emas gantung diri dipercayai tekanan

SEORANG wanita warga emas yang dipercayai mengalami tekanan perasan ditemukan mati dengan mengantung diri di sebuah kedai makan di persisir pantai Kuala Perlis, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang wanita warga emas yang dipercayai mengalami tekanan perasan ditemukan mati dengan menggantung diri di sebuah kedai makan di pesisir pantai Kuala Perlis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, siasatan awal mendapati, mangsa, Chem Chew Tai, 60, ditemukan oleh seorang lelaki yang kebetulan sedang berjoging di pesisir pantai tersebut kira-kira pukul 7.35 pagi.

Katanya, mengesyaki sesuatu kejadian tidak diingini telah berlaku, lelaki tersebut menghubungi bomba dan Balai Polis Kuala Perlis.

“Hasil siasatan mendapati, pada pukul 6 pagi, mangsa keluar dari rumahnya dengan pengetahuan anak lelakinya, Yong Chen Yee, 43, yang memberitahu mahu membeli sayur tetapi tidak pulang ke rumah kembali sehinggalah dimaklumkan oleh pihak polis mengenai kejadian tersebut.

“Siasatan di tempat kejadian melibatkan empat petugas terdiri daripada polis, bomba dan Klinik Kesihatan lengkap pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang membantu menurunkan mangsa tergantung dalam keadaan baik dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk jalankan bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian juga mendapati tidak menjumpai sebarang kesan atau unsur jenayah terhadap mangsa.

“Kita masih siasat punca sebenar mangsa bertindak demikian. Keluarganya masih lagi dalam keadaan trauma dengan kejadian ini dan kita percaya mangsa bertindak begitu akibat tekanan,” ujarnya.

Tambah beliau, kes tersebut di klasifikasikan sebagai mati mengejut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN