Wanita ditahan miliki 9 ekor pelanduk - Utusan Malaysia

Wanita ditahan miliki 9 ekor pelanduk

SEBAHAGIAN pelanduk yang dirampas PPM dan Perhilitan di sebuah rumah di Kampung Mawat, Langkawi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Wanita berusia 46 tahun ditahan kerana memiliki sembilan ekor pelanduk dianggarkan bernilai RM1,500 di sebuah rumah di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka di sini hari ini.

Tangkapan itu dilakukan dalam Operasi Bersepadu Khazanah Khazanah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Langkawi kira-kira pukul 11 pagi.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki sembilan ekor pelanduk jenis tragulus javanicus di luar kawasan rumah itu.

“Wanita terbabit gagal menunjukkan surat kebenaran daripada Perhilitan untuk memelihara haiwan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua haiwan itu dirampas dan diserahkan kepada Perhilitan Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 60 (1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” tambahnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya