Vaksin tiba di pusat penyimpanan di Subang Jaya - Utusan Malaysia

Vaksin tiba di pusat penyimpanan di Subang Jaya

Vaksin Pfizer-BioNTech selamat tiba di di Pusat Penyimpanan di Subang Jaya di sini sebentar tadi.-IHSAN SUMBER UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Konvoi yang membawa bekalan pertama vaksin Covid -19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di Pusat Penyimpanan di Subang Jaya di sini sebentar tadi.

Konvoi yang membawa vaksin itu berlepas dari Advanced Cargo Centre (ACC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.45 pagi sebelum tiba di pusat penyimpanan terbabit pukul 11.40 pagi ini.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, pergerakan konvoi yang membawa vaksin ke lokasi penyimpanan mengambil masa sejam dengan diiringi Unit Kereta Peronda dan motosikal pengiring Polis Diraja Malaysia melalui 10 jalan utama menuju ke lokasi penyimpanan.

Kata beliau, setiba sahaja di lokasi penyimpanan, vaksin tersebut akan disimpan sementara di situ sebelum diedarkan di enam lokasi berasingan di Selangor.

“Pergerakan vaksin ini telah menggunakan laluan di Jalan Pekeliling menuju Bulatan Pekeliling dan Plaza Tol KLIA sebelum melalui Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

“Kemudian, masuk ke Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE) dan susur Subang sebelum melalui Jalan dan Bulatan Lapangan Terbang Subang seterusnya sampai ke lokasi penyimpanan,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber sumber, jarak pergerakan dari ACC, KLIA menuju ke pusat penyimpanan adalah 59.8 Kilometer.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya