Vaksin: perubatan swasta tunggu prosedur JKN Pulau Pinang  - Utusan Malaysia

Vaksin: perubatan swasta tunggu prosedur JKN Pulau Pinang 

PRAMJIT Singh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kira-kira 200 doktor perubatan dari sektor swasta yang menawarkan khidmat suntikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada penduduk di negeri ini masih menunggu prosedur lanjut daripada Jabatan Kesihatan negeri berhubung perkara berkenaan. 

Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang (PMPS), Dr. Pramjit Singh berkata, kesemua doktor yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berada dalam keadaan bersiap sedia sekiranya khidmat mereka diperlukan oleh kerajaan. 

“Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang makluman atau arahan daripada JKN sama ada bantuan kami diperlukan. 

“Kesemua doktor yang bersetuju untuk memberikan khidmat percuma sedang bersedia dan menunggu arahan lanjut daripada JKN,” katanya di sini hari ini. 

Sebelum ini, kira-kira 200 doktor yang menjadi ahli PMPS sedia menawarkan khidmat suntikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada penduduk di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, kerajaan negeri dan PMPS mencapai kesepakatan itu sebagai persediaan awal untuk meningkatkan kapasiti dan mempercepatkan pemberian vaksin. 

Sebanyak 16,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 5.35 petang menggunakan pesawat khas pada Ahad lalu. 

Dalam pada itu, Pramjit berkata, orang ramai juga dinasihatkan mendapatkan vaksin Covid-19 bagi mempercepat usaha membendung pandemik tersebut. 

“Ramai yang masih enggan menerima vaksin, cuba kita lihat data sedia ada mengenai jumlah kematian akibat Covid-19. 

“Jumlah kematian semakin meningkat, adakah kita sanggup menunggu kematian akibat dijangkiti Covid-19 berbanding mengambil vaksin yang telah siap sepenuhnya,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya