Vaksin percuma hujung bulan ini, libatkan tiga fasa - Utusan Malaysia

Vaksin percuma hujung bulan ini, libatkan tiga fasa

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memulakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini dengan sasaran sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara percuma.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Menurut beliau, fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi.

“Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos.

“Bagi fasa ketiga pula, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022. Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh,” katanya dalam perutusan khas hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya