Vaksin Covid-19 tiba di HRPB Ipoh - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 tiba di HRPB Ipoh

VAN logistik DHL yang membawa vaksin Covid-19 tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Konvoi membawa vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dari Bayan Lepas, Pulau Pinang ke negeri ini selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada pukul 12. 40 tengah hari ini.

Van logistik DHL yang membawa vaksin itu diiringi dua kereta peronda polis dan empat buah motosikal polis trafik.

Sebelum ini, vaksin itu dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang menuju ke Subang.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk edaran ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan termasuk Perak.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata,  lebih 60 peratus daripada petugas barisan hadapan di negeri ini telah menyatakan persetujuan untuk menerima suntikan vaksin berkenaan. 

Menurutnya, beliau dimaklumkan lebih 60 peratus daripada 34,743 petugas barisan hadapan di negeri ini yang tersenarai telah bersetuju untuk mengambil vaksin  tersebut.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming semalam berkata, Stadium Indera Mulia di sini dikategorikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin 4 (PPV4) memandangkan ia mempunyai empat stesen vaksin.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN