Tumpuan golongan pelancong bersasar - Utusan Malaysia

Tumpuan golongan pelancong bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan memberikan tumpuan kepada golongan pelancong bersasar meliputi pelancongan perniagaan dan aktiviti MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran).

Kementerian itu dalam kenyataan menjelaskan, bagaimanapun pihaknya melalui Pameran Biro dan Konvensyen Malaysia (MYCEB) akan memastikan sasaran kumpulan pelancongan itu melepasi tapisan kesihatan dan bebas Covid-19 serta pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) MICE.

“Kumpulan bersasar pelancongan perniagaan ini akan dipantau dan melepasi saringan kesihatan.

“Dalam memastikan kelangsungan acara perniagaan, keselamatan dan kesihatan rakyat adalah menjadi keutamaan pihaknya pada masa ini ketika negara sedang berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19,” jelas kementerian itu di sini hari ini.

Jelasnya, SOP dan protokol pencegahan penyakit yang dilancarkan terhadap pekerja, pembekal barang dan perkhidmatan serta delegasi dan pengunjung mengenai pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan adalah mengikut standard seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN