Tukang kebun maut kes langgar lari - Utusan Malaysia

Tukang kebun maut kes langgar lari

MOTOSIKAL mangsa kejadian kes langgar lari di Kilometer 40.6, Jalan Ipoh-Teluk Intan berhampiran Mambang Diawan dekat Kampar semalam. -GAMBAR IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Tukang kebun maut setelah motosikal ditunggangnya terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 40.6, Jalan Ipoh-Teluk Intan berhampiran Mambang Diawan di sini semalam.

Dalam nahas pada pukul 5.40 petang itu, mangsa, Lee Ngow Chye, 64, mengalami kecederaan parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, kemalangan berlaku ketika lelaki terbabit yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Kampar ke Teluk Intan.

Katanya, setibanya di lokasi, mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti.  

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya