Tiga bulan baiki kerosakan kabel Jambatan Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Tiga bulan baiki kerosakan kabel Jambatan Pulau Pinang

ZAIRIL KHIR JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk membaiki kerosakan selepas berlaku insiden kebakaran kabel elektrik di Kilometer 3.2 Jambatan Pulau Pinang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, kebakaran itu menjejaskan ketiga-tiga litar di bawah jambatan dan mengakibatkan gangguan bekalan elektrik selama 35 saat di beberapa kawasan.

Namun jelasnya, bekalan pulih dan stabil kembali kerana terdapat punca-punca bekalan lain.

“Walaupun masa pembaikan akan bergantung kepada tahap kerosakan serta rundingan bersama PLUS berkenaan keperluan penutupan jalan bagi membenarkan kerja pembaikan, pihak TNB yakin kerja-kerja itu tidak akan melebihi tiga bulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

TNB mengesahkan kebakaran di Kilometer 3.2 Jambatan Pulau Pinang melibatkan kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara.

Kebakaran itu dikesan berlaku kira-kira pukul 4 petang sehingga menyebabkan kesesakan teruk di Jambatan Pulau Pinang berikutan pengguna jalan raya bimbang selepas melihat kepulan asap keluar dari jeriji besi di atas jambatan itu.

Menurut Zairil, secara umumnya permintaan bekalan elektrik di bahagian pulau negeri ini adalah maksimum 700 megawatt (MW).

“Buat masa ini terdapat empat litar lain melalui kabel submarin dengan kapasiti bekalan sebanyak 1180MW manakala Stesen Janakuasa Gelugor mampu membekal sebanyak 310MW.

“Ini bermaksud masih terdapat kapasiti bekalan lebih kurang 1,490MW di bahagian pulau iaitu jauh mencukupi untuk memenuhi permintaan,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri mengambil maklum punca kebakaran kabel tersebut masih dalam siasatan oleh TNB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya