Tiada tarian singa, perarakan tanglung - Utusan Malaysia

Tiada tarian singa, perarakan tanglung

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persembahan tarian singa dan naga tidak dibenarkan untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada minggu depan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut antara tujuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah ketat itu setelah meneliti pelbagai aspek dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Selain tarian itu, perarakan tanglung, chingay, persembahan opera Cina atau pertunjukan pentas juga adalah tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Sambutan perayaan itu jelas beliau, hanya dibenarkan di kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama di samping aktiviti majlis makan besar bersama anggota keluarga.

Bagaimanapun katanya, upacara sembahyang di tokong adalah dilarang kecuali cuma lima orang ahli jawatankuasa dan penganut digalak melakukannya di rumah masing-masing.

Turut tidak dibenarkan ialah aktiviti ziarah rumah ke rumah serta pergerakan rentas daerah atau negeri seperti pernah dilaksanakan ketika Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas.

“Bagi Sarawak pula yang masih lagi dalam PKP Bersyarat (PKPB), SOP perayaan tersebut akan diumumkan oleh kerajaan negeri itu sendiri dalam masa terdekat,” katanya.

Tahun Baharu Cina kali ini jatuh pada 12 Februari bersamaan hari pertama bulan pertama tahun 4719 mengikut kalendar Cina dengan zodiak haiwan kitaran kali ini ialah lembu.

Terdapat hampir tujuh juta masyarakat Cina di seluruh Malaysia atau sekitar 24 peratus daripada jumlah penduduk negara ini dengan kebanyakannya suku Hokkien dan Kantonis.

Majoriti mereka beragama Buddha dan Tao selain ada juga kaum tersebut menganut ajaran Kristian, Islam dan Hindu dengan sebahagian besar bekerja dalam bidang perniagaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya