Tiada keperluan Melaka buat pembelian tambahan vaksin - Utusan Malaysia

Tiada keperluan Melaka buat pembelian tambahan vaksin

SULAIMAN Md. Ali menaiki beca mengelilingi sekitar Banda Hilir, Melaka ketika Program Penyerahan Bantuan one-off Pengayuh Beca. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada keperluan untuk Melaka membuat pembelian tambahan dos vaksin Covid-19.

Demikian tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berikutan jumlah sedia ada yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan adalah mencukupi termasuk menampung lebih 40,000 warga asing di negeri ini.

Menurut beliau, jumlah 600,000 dos yang akan diterima secara berperingkat sehingga fasa ketiga bukan hanya khusus untuk rakyat tempatan namun meliputi bukan warganegara.

“Kita tidak berminat membeli vaksin tambahan kerana kita yakin jumlah (vaksin Covid-19) ditempah kerajaan sudah mencukupi.

“Jadi kita gunakan sahaja vaksin yang telah dibeli kerajaan Pusat. Warga asing di negeri ini seramai kira-kira 40,000 tidak terkecuali untuk diberikan vaksin secara percuma,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas sama ada kerajaan negeri akan mengikuti jejak langkah Sarawak dan Selangor yang berhasrat membeli dos tambahan.

Terdahulu, Sulaiman hadir bagi merasmikan Program Penyerahan Bantuan one-off Pengayuh Beca.

Dalam program tersebut, seramai 308 pengayuh beca berdaftar menerima bantuan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya