Terima suapan RM2,500, didenda RM3,000 - Utusan Malaysia

Terima suapan RM2,500, didenda RM3,000

PEMBANTU Tadbir Kanan Kemas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menerima suapan lima tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pembantu Tadbir Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima suapan lima tahun lalu.

Hakim, Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Norshahril Ramlee, 40, yang membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh iaitu sebagai Pembantu Tadbir Kanan Kemas didakwa menerima suapan bernilai RM2,500 daripada Mohd. Hyzery Elec yang mana tertuduh mengetahui lelaki itu mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. 

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Jalan Melor 1, Taman Peringgit Jaya dalam daerah Melaka Tengah pada 14 November 2016. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwanshah Abdul Samat manakala tertuduh diwakili peguam, Azrul Zulkifli Stork. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan tertuduh kemudian membayar denda tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN